Maksud Kompetensi Keusahawanan
Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sama.
Senarai Kompetensi Keusahawanan
1. Inisiatif
· membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa
· mempunyai sikap proaktif giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.
· mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud
· berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain.
· tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah.
· sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat.
· melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
· mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagan.
· membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya.
· cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi.
· sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.
· tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu
· sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya.
· sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.
· menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.
Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.
2. Melihat dan merebut peluang
4. Mencari maklumat
5. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
· kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja
· mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja
· kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan
· memberi kepuasan kepada pelanggan
· menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan
· sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .
Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.
7. Berorientasi ke arah kecekapan
8. Membuat perancangan yang sistematik
· membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah
· membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan
· membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan
· mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat
Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan.
9. Menyelesaikan masalah secara kreatif
· mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin
· mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif
Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.
· mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati.
· melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran.
· boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu.
· banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan.
· tidak takut mencuba dan tidak takut gagal
Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan.
11. Ketegasan
· berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung
· berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.
Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik. Ini adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat supaya masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja yang curi tulang atau ponteng kerja sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya.
12. Meyakinkan orang lain
· mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan
· mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti
· bermaklumat dan berpengalaman
Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.
13. Menggunakan strategi pengaruh
· Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak
· Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum
· Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran
· Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran
· Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan
Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.
0 comments:
Post a Comment