rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Definisi Keusahawanan


Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan (Jadual 1.1).

Jadual 1.1 Menunjukkan  Bidang Ilmu Keusahawanan

Sikap
Kemahiran
Pengetahuan
Motivasi yang tinggi
Membuat keputusan
Mencari dan menggunakan maklumat
Kepercayaan kepada diri sendiri
Menyelesaikan masalah
Mengenalpasti dan melaksanakan sesuatu projek
Inisiatif
Berunding
Bertanggungjawab
Berkomunikasi
Kebolehan menangani keadaan tidak menentu     (menghadapai risiko)
Minda kreatif
Keazaman dan kesungguhan
Kemahiran kerja berkumpulan
Ketahanan mental dan fizikal
Kemahiran pengurusan
Kemahiran teknikal


Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut :-
  • Mengenalpasti peluang perniagaan
  • Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai.
  • Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.
  • Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
  • Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk)
  • Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
  • Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.
Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati.

S: Huraikan perbezaannya antara usahawan dan keusahawanan
J: Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan, bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.
S: Apakah unsur-unsur sikap yang terkandung dalam keusahawanan?
J: Unsur–unsur sikap yang ada pada keusahawanan ialah motivasi yang tinggi, keyakinan kepada diri sendiri, inisiatif, bertanggungjawab, kebolehan menangani keadaan tidak menentu, keazaman dan kesungguhan serta ketahanan mental dan fizikal.

S: Sebutkan beberapa orang sebagai contoh usahawan yang telah berjaya. Nyatakan perkara- perkara yang telah dilakukan sehingga Ia berjaya menjadi usahawan.
J:  Contoh usahawan yang berjaya:
  • Bill Gates –Program Komputer (Microsoft)
  • Dato’ Maznah Hamid – Keselamatan (Securiforce)
  • Tan Sri Mustapha Kamal – Pembangunan Hartanah (EMKAY)





Definisi Usahawan


Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagaipedagangmanakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.

Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.

Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

Kamus Dewan Edisi Baru  mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.

3.  Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.

4.  Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

5.  Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut.  Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri