rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Motivasi Diri Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Contoh Soalan Pengajian Keusahawanan (Ujian)

Ujian April T4 2009


Ujian April T5 2009

Contoh Soalan Pengajian Keusahawanan (SPM 2008)

Pengajian Keusahawanan (kertas 1) 2008


Pengajian Keusahawanan (kertas 2) 2008

Contoh Soalan Pengajian Keusahawanan (SPM 2006)

Pengajian Keusahawanan (kertas 1) 2006

Pengajian Keusahawanan (kertas 2) 2006

Contoh Rancangan Perniagaan

Rancangan Pernigaan Catering


Rancangan Perniagaan Penternakan Kambing

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan ialah satu pelan induk yang menunjukkan langkah yang akan diambil untuk memulakan dan memajukan perniagan.

Tujuan penyediaan rancangan perniagaan:
  1. Sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan - yang menyenaraikan langkah-langkah yang mesti diikuti oleh semua ahli organisasi
  2. Menilai dan mengkaji prestasi perniagaan
    1.  memboleh mengetahui kekuatan, kelemahan dan potensi perniagaan
    2. membolehkan merancang peningkatan prestasi dan bersedia mengelak kesilapan
    3. meminimumkan pembaziran / penyelewengan / kerugian.
  3. Memudahkan kawalan apabila rancangan telah dibuat – jika penyimpang daripada perancangan asal, jalankan tindakan susulan.
  4. Memberi keyakinan kepada pihak luar yang berkepentingan.
  5. Memaksimumkan penggunaan sumber untuk meningkatkan produktiviti
    1. menggunakan sumber secara optimum supaya dapat memberi sumbangan maksimum.
    2. menyediakan jadual kerja bagi mengelak pembaziran

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 9

Unit 9: Rancangan Perniagaan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 8

Unit 8: Fungsi dalam Organisasi Perniagaan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 7

Unit 7: Keusahawanan dan Perniagaan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 6

Unit 6: Strategi Keusahawanan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 5

Unit 5: Komputer dalam Keusahawanan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 4

Unit 4: Pembangunan Diri

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 3

Unit 3: Ciri-ciri Keusahawanan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 2

Unit 2: Perkembangan Keusahawanan

Nota Pengajian Keusahawanan Unit 1

Unit 1: Pengenalan kepada Keusahawanan

Tokoh-tokoh Usahawan Berjaya

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire
University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat
IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia
dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran
Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada
ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan
sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan
perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada
tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda
pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian
kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya
menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu
perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan
peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya…. hanya RM500. Ketika itu,
beliau hanya berusia 25 tahun!

Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young
Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom.
Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai
generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.


Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga.Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. 

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.Beliau pernah menjual roti canai di pasar .Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.  Beliau juga mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual.Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas.Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wanjah. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn.Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus.
Walaupun  kini beliau merupakan orang yang ke-7 terkaya di Malaysia beliau masih tidak melupakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan agama dengan menubuhkan Yayasan Al-Bukhari.

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.







 

Tips Menjadi Usahawan


Antara 10 tips  untuk menjadi usahawan sehebat Nabi Muhammad S.A.W. adalah :

  1. Berniaga adalah sunnah Rasullullah S.A.W.
  2. Berniaga akan mendapat untung dunia & untung akhirat.
  3. Rezeki yang luas.
  4. Perniagaan adalah mata pencarian yang paling baik & paling afdal.
  5. Ikut sunnah & akhlak Rasullullah S.A.W untuk menjadi usahawan yang berjaya di dunia & akhirat. Antara contoh akhlak Rasullullah S.A.W adalah rajin, bijaksana, jujur, amanah & sopan santun.
  6. Sepakat membawa berkat.
  7. Ikhlas di hati, berniaga meminta keberkatan dari Allah. Hati yang ikhlas, pasti dibalas Allah.
  8. Tanggungjawab kita sebagai hamba Allah S.W.T.
  9. Jangan lupa tanggungjawab sebagai suami isteri.
  10. Jangan lupa berbakti kepada kedua ibu bapa kita.
Sumber  daripada Ustazah Siti Nor Bahyah.

Di bawah ini ada satu video tentang tips bagaimana seorang pekerja makan gaji telah berubah menjadi seorang usahawan yang berjaya.



Etika Dalam Keusahawanan


   Seorang usahawan perlu memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam. Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual. etika-etika yang perlu dipatuhi oleh pengusaha ialah :

1.       Tidak mengurangkan timbangan
·         Memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan.
2.       Tidak terlibat dengan amalan riba'
·         Membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan
3.       Tidak menzalimi pekerja.
·         Aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan pekerja agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.
·         Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka.
·         Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita?
·         Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat.
·         Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka.
·         Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.
·          Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya.
4.       Tidak mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan syariat
5.       Kualiti
6.       Memenuhi kontrak yang dibuat
·         Kontarak yang telah dibuat jangan dilanggar
7.       Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan
·         Ibadaibadat yang lain bermaksud sembahyang dan berzakat
8.       Kontrak yang jelas dan sah
9.       Segala bentuk perjudian dilarang
10.   Harga yang adil terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan.

    Kompetensi Keusahawanan


    Maksud Kompetensi Keusahawanan

    Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai  pengetahuan dan kelulusan yang sama.
    Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Mc Ber & Co. (1985) terhadap  usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini. 

    Senarai Kompetensi Keusahawanan

    1. Inisiatif
    Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang
    ·         membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa
    ·         mempunyai sikap proaktifgiat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.
    ·         mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud
    ·         berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan  bantuan bagi kepentingan perniagaan dan lain-lain.
    ·         tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah.
    ·          sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat.
    ·         melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan  pelanggan.
    ·         mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagan.
    ·         membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya.
    ·         cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi.
    ·         sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.
    ·         tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu
    ·         sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya.
    ·         sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.
    ·         menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.

    Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.

    2. Melihat dan merebut peluang
    Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluangKompetensi ini menjadi faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan   membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.
                                                                                                                      
    3.  Kecekalan
    Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut:Usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walaupun pernah mengalami kegagalan.

    4.   Mencari maklumat
    Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah:Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui.

    5.  Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
    Sikap individu yang menitik beratkan mutu kerja yang tinggi adalah:
    Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan berpeluang untuk berjaya.

    6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
    Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan:
    ·         kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja
    ·         mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja
    ·         kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan
    ·         memberi kepuasan kepada pelanggan
    ·         menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan
    ·         sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .

    Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

    7. Berorientasi ke arah kecekapan
    Sikap individu yang berorientasi ke arah kecekapan adalah:Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan menurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan

    8. Membuat perancangan yang sistematik
    Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik:
    ·         membuat perancangan dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah
    ·         membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan
    ·         membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan
    ·         mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat

    Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat perniagaan.

    9.   Menyelesaikan masalah secara kreatif
    Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah:
    ·         mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin
    ·         mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif

    Seseorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini   perlu ditangani secara kreatif.  Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.
                                                                                                            
    10. Yakin terhadap keupayaan diri             
    Individu yang bersikap yakin terhadap diri:
    ·         mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati.
    ·         melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran.
    ·         boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu.
    ·         banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan.
    ·         tidak takut mencuba dan tidak takut gagal

    Sikap yakin terhadap keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan.

    11.  Ketegasan
    Sikap tegas dapat dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berikut:
    ·         berani menyuarakan pendapat atau idea kepada orang lain secara langsung
    ·         berani mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada pihak lain.

    Sifat tegas usahawan  akan dapat menjamin pengawalan organisasi dengan baik.  Ini adalah  disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu masalah kepada orang yang terlibat  supaya  masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Contohnya, masalah pekerja yang curi  tulang atau ponteng kerja  sekiranya diambil tindakan boleh menyebabkan pekerja lain tidak berani melakukannya.

    12. Meyakinkan orang lain
    Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah:
    ·         mampu menonjolkan diri untuk meyakini pelanggan membeli barang atau perkhidmatan yang diperniagakan
    ·         mampu menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti
    ·         bermaklumat dan berpengalaman

    Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan berjalan dengan lancar, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan sebagainya. Untuk dapat meyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin kepada kemampuan sendiri.

    13. Menggunakan strategi pengaruh
    Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah:•       
    cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu matlamat perniagaan.Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu  mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya.Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan;
    ·         Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak
    ·         Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum
    ·         Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran
    ·         Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran
    ·         Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan

    Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.


    Perbezaan Usahawan dan Peniaga

    PENIAGA
    USAHAWAN
    Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan
    Seorang usahawan juga seorang peniaga
    Sentiasa melibatkan diri dengan urusan jual beli
    Melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri
    Sentiasa berusaha menambah keuntungan
    Mementingkan kejayaan dan kepuasan, bukannya keuntungan semata-mata
    Tidak tertarik dengan perkembangan teknologi dan perubahan-perubahan
    Mengikuti segala pembaharuan untuk menambah kreativiti
    Menjual barangan yang sedia ada dalam pasaran
    Memperkenalkan barangan baru yang boleh menembusi pasaran
    Menghadapi persaingan sebagai cabaran biasa
    Persaingan adalah satu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup
    Berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah harian
    Merenung jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan
    Mementingkan keuntungan jangka masa pendek
    Mementingkan keuntungan jangka masa